web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsesi Lebuh Raya Diingatkan Sedia Persekitaran Patuh SOP - KJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 9:16PM

Orang ramai berehat seketika sambil menjamu selera di RnR Tapah arah Utara pada 11 Oktober. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di seluruh negara menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus pada hari pertama rentas negeri dibenarkan kerajaan, semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata trafik ke arah utara menunjukkan peningkatan 20.5 peratus, manakala trafik ke arah selatan (15.4 peratus) dan trafik Lembah Klang (9.7 peratus).

“Hari pertama perjalanan antara negeri, kita menyaksikan peningkatan pergerakan menerusi laman Twitter Plus Malaysia Berhad (PLUS), @plustrafik

“Keseluruhannya meningkat 14 peratus, trafik ke arah utara meningkat 20.5 peratus, trafik ke arah selatan 15.4 peratus dan Lembah Klang meningkat 9.7 peratus,” katanya menerusi Twitter.

Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau corak jangkitan penyakit dan data mobiliti untuk meramalkan potensi penularan wabak.

Beliau memaklumkan, syarikat konsesi lebuh raya turut akan diingatkan untuk memastikan persekitaran dan lokasi berisiko tinggi, seperti surau di pusat rawat dan rehat (R&R) mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Jelasnya, tempat itu juga perlu ditandai dengan penjarakan sosial sebagai persediaan rapi, bagi menampung jumlah kenderaan yang dijangka bertambah melalui lebuh raya pada hujung minggu.

Kelmarin, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat yang sudah melengkapkan dos vaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula semalam.

Menerusi pengumuman berhubung perkara terbabit, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu membolehkan rakyat melakukan pergerakan pulang ke kampung, melancong dan aktiviti melangkaui sempadan negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia