web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KTMB Tawar Diskaun, Terhad 10,000 Penumpang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 11:02AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh ribu penumpang bakal menerima diskaun RM5 bagi setiap pembelian tiket berharga lebih RM40 bermula 14 hingga 24 Oktober ini.

Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha berkata, diskaun berkenaan boleh didapati menggunakan kod promo BOLEHRENTAS.

Menurut beliau, ini sebagai persediaan dalam menerima kehadiran pelancong berikutan pengumuman kebenaran rentas negeri yang berkuatkuasa Isnin.

"KTMB juga akan menambah jumlah perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bermula esok.

"Perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 12 servis setiap hari berbanding dua pada ketika ini, meliputi sektor Gemas-Padang Besar, KL Sentral-Ipoh, Gemas-Butterworth dan sebaliknya," katanya di sini

Mohd Zain berkata, empat perkhidmatan Ekspres Selatan di sektor Gemas-Johor Bahru Sentral dan dua perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran di sektor Tumpat-Johor Bahru Sentral akan beroperasi setiap hari, setelah operasinya digantung sementara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

"Shuttle Timuran di sektor Kuala Lipis ke Tumpat kekal beroperasi dengan 10 perkhidmatan," katanya.

KTMB juga jelas beliau, akan memastikan hanya penumpang yang lengkap divaksin dibenarkan menaiki tren dengan mempamerkan sijil digital melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi COVID-19, selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Bagi memudahkan perjalanan, KTMB menyarankan penumpang untuk berada di stesen sekurang-kurangnya satu jam lebih awal dan membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web KTMB bagi mengurangkan interaksi antara orang ramai," ujarnya. - Getaran, 13 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah