web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Rentas Daerah Jika Lengkap 2 Dos Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:56PM

Hajiji Noor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Individu yang sudah menerima dos lengkap COVID-19 di negeri ini dibenarkan untuk merentas daerah, bermula esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kebenaran merentas daerah itu juga diberikan kepada remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut beliau, kanak-kanak 12 tahun ke bawah turut diberikan kebenaran merentas daerah bersama ibu bapa yang sudah lengkap divaksin.

"Keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah.

"Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) sebelum ini melaporkan, kadar vaksinasi di seluruh negeri sehingga 11 Oktober telah mencapai 70 peratus," katanya 

Hajiji berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bermula 1 November depan.

"Individu yang mahu masuk ke negeri ini juga disyaratkan untuk menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

"Keputusan kerajaan negeri untuk membenarkan rentas daerah ini secara langsung membatalkan sistem rentas daerah mengikut enam zon bermula 1 Oktober lalu," katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia