web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Had Jemaah Solat Jumaat Di Johor Ikut Kapasiti Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 10:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini.

Menurut kenyataan itu, solat fardhu lima waktu dan solat jenazah pula adalah mengikut kapasiti satu pertiga ruangan solat masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Kenyataan itu memaklumkan, hanya jemaah, pegawai serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau yang telah lengkap menerima suntikan vaksin sahaja dibenarkan ke masjid dan surau.

“Pengecualian vaksin hanya kepada mereka yang mempunyai perakuan bertulis daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

“Bagi jemaah lelaki dan wanita yang hadir ke masjid dan surau, mereka harus menunjukkan sijil vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi kepada petugas masjid dan surau,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, JAINJ dan pihak polis serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga akan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang dikesan melanggar SOP, ia akan ditutup. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia