web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Pamer Harga Jualan, Kedai Emas Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 10:52AM

Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar memeriksa alat penimbang dalam Operasi Kedai Emas di Kampung Jawa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Dua kedai emas di Kampung Jawa, di sini, berdepan tindakan kompaun sehingga RM50,000 selepas didapati tidak mempamerkan harga jualan semasa.

Kesalahan itu dikesan sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dalam Operasi Kedai Emas, semalam.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, operasi itu dijalankan pihaknya selama seminggu bermula semalam.

“Selain pemeriksaan membabitkan tanda harga jualan, pihak kami juga melakukan pemeriksaan ke atas alat penimbang yang digunakan di premis bagi memastikan tiada sebarang unsur penipuan.

“Dua premis ini menerima notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHP).

“Kertas siasatan sudah dibuka dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM50,000,” katanya.

Menurut beliau, lima premis diperiksa sepanjang operasi semalam, namun tiada sebarang kesalahan membabitkan alat penimbang dikesan.

“Pemilik premis seharusnya mempamerkan harga jualan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.

“Dalam operasi ini, kita sasarkan pemeriksaan ke atas 75 kedai emas di seluruh Melaka,” katanya.

Norena turut mengingatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian emas dalam talian tanpa membuat sebarang semakan lanjut.

“Terdapat sejumlah laporan penipuan di beberapa buah negeri, membabitkan pembelian emas dalam talian,” katanya. - Getaran, 14 Oktober

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia