web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:25PM

Kerajaan digesa memasukkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol sebagai antara kesalahan lalu lintas yang tidak boleh dikompaun sempena Ops Bersepadu Perayaan Tahun Baharu Cina - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memasukkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol sebagai antara kesalahan lalu lintas yang tidak boleh dikompaun sempena Ops Bersepadu Perayaan Tahun Baharu Cina. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali berkata, terdapat keperluan untuk pemandu yang didapati positif alkohol, tidak dibenarkan memandu kenderaan selepas disaman.

“Kerajaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mesti tegas kepada semua kesalahan. Jangan ambil ringan sehingga setiap musim perayaan menjadi pesta mengira jumlah terkorban. 

“Bukan sahaja pemandu dikenakan kompaun, kenderaan mereka juga wajar ditahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Syed Hassan berkata, PERKASA menyambut baik ketegasan kerajaan dalam isu keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

“Kita ucap tahniah atas ketegasan kerajaan dalam isu ini, apa pun amaran keras ini lebih kurang sama pada tahun 2016 dan 2022, yang mana daripada lima kepada enam kesalahan tanpa kompaun.

“Tetapi, dalam ketegasan penguatkuasaan isu ini, jangan lupa kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dan pemandu yang dikesan positif alkohol minimum juga wajar didakwa terus ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, JPJ menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Kesalahan itu membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar serta memandu di lorong kecemasan.

Operasi itu akan bermula esok hingga 28 Januari ini yang membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa, termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, sepanjang tempoh operasi, beberapa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, selain pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Beliau menegaskan, kadar literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti penggunanya di negara ini masih belum mencapai tahap boleh dibanggakan, berdasarkan jumlah kematian 119 pengguna sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina pada tahun lalu.

Katanya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Januari hingga Disember 2021, sebanyak 370,286 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,539 kematian.

Manakala, jelasnya, 402,626 mangsa jalan raya direkodkan dengan 4,379 pada Januari sehingga September tahun lalu. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula