web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 12:15PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perjalanan sebuah bas persiaran menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tertangguh kira-kira sejam apabila pemandunya ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Kemuning di sini, malam tadi kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pemandu lelaki berusia 33 tahun itu antara individu ditahan menerusi Ops Tahun Baharu Cina 2024 yang dijalankan pihak JPJ.

Ketika ditahan, dia sedang membawa 11 penumpang tempatan dari Bandar Puteri, Klang menuju KLIA dan memberi alasan mahu membantu syarikat bas abangnya yang mengalami masalah kekurangan pemandu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap pemandu itu dan bas berkenaan kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemandu gantian tiba.

"Memandu tanpa lesen ini, jika apa-apa berlaku tidak boleh buat tuntutan insurans. Bahaya... lebih-lebih lagi membawa pelancong," katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai penubuhan pasukan khas khusus bagi mengendalikan kes kenderaan berat melebihi had muatan, beliau berkata, sebanyak 60 sitaan dibuat sejak mula dikuatkuasakan enam bulan lalu.

"Semua kes sitaan itu sudah didakwa di mahkamah dan dalam proses untuk mendapatkan perintah lucut hak," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan operasi khas kenderaan berat yang melebihi had muatan fasa dua selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu, Lokman berkata, setakat lapan hari Ops Tahun Baharu Cina 2024 dijalankan di seluruh negara pihaknya merekodkan 57,110 notis atas pelbagai kesalahan dengan sebanyak 243,257 kenderaan diperiksa.

"Berdasarkan analisis awal data operasi ini dalam tempoh lapan hari, kami mendapati tahap kesedaran dan pematuhan peraturan berada pada tahap rendah dan tidak memuaskan untuk keselamatan pengguna jalan raya terutamanya membabitkan kenderaan komersial," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Lupus Kenderaan Buruk, Terbiar Secara Dalam Talian Melalui E-Dereg

2

Budaya 4 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

3

Semasa 4 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

4

Jelajah 4 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan 11 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC