web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 12:12PM

gambar FB JIM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 38 warga asing diberkas dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Johor pada 19 hingga 20 Februari lalu.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir, operasi itu bertujuan memeriksa dan memantau aktiviti warga asing di negeri itu dan ia membabitkan kakitangan daripada Bahagian Penguatkuasa Negeri, Penguatkuasa Cawangan Muar, Penguatkuasa Cawangan Batu Pahat, Penguatkuasa Cawangan Mersing dan Penguatkuasa Cawangan Segamat.

"Dalam operasi itu seramai 126 warga asing dan warga tempatan serta 27 premis sekitar Johor telah diperiksa. 

"Seramai 38 orang daripadanya ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

"Seorang lelaki warga Bangladesh pula dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E kerana membenarkan PATI masuk atau tinggal di dalam premis yang mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki warga Indonesia dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana mengambil pekerja satu atau lebih orang, selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memilki suatu Pas yang sah. 

"Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana menggunakan dan memiliki apa- apa permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang palsu. 

"Justeru, enam Notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan," katanya.

Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, daripada jumlah warga asing yang ditahan, lima adalah warga Bangladesh, warga Indonesia (17), warga Pakistan (5), warga Myanmar (9) dan dua lelaki warga India.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun dan mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Getaran, 22 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 4 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

4

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 21 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL