web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 12:59PM

Kenderaan dinaiki kesemua mangsa remuk akibat nahas itu - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing maut selepas kereta yang mereka naiki melanggar bahagian belakang treler rosak di KM123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Pagoh-Yong Peng, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata nahas berlaku pada 9.15 malam, mengorbankan pemandu kereta berusia 26 tahun manakala mangsa wanita warga Vietnam berusia antara 19 hingga 32 tahun.

Beliau berkata treler berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 47 tahun serta dalam perjalanan dari Semenyih, Selangor menuju ke Kulai, Johor, berhenti di tengah jalan selepas mengalami kerosakan.

"Kereta mangsa merempuh bahagian belakang treler ketika pemandu treler terbabit sedang mendapatkan bantuan untuk mengalinkan kenderaannya.Pemandu kereta bersama dua penumpangnya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi penumpang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat. Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Pegawai Bomba Kanan II Jefri Hashim berkata, enam anggota bersama sebuah jentera LFRT bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa, namun tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Operasi tamat pada 9.59 malam," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki