web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Sinopharm Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Oct 2021 1:17PM

Vaksin Sinopharm kini tersedia secara meluas di klinik dan hospital swasta di seluruh negara. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 Sinopharm kini boleh didapati di Malaysia, menurut Duopharma Biotech Bhd.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Duopharma menjelaskan unit milik penuhnya, Duopharma (M) Sdn Bhd telah diberi kuasa sebagai pemegang pendaftaran Sinopharm dan dibenarkan menjalankan penjualan dan pengedaran vaksin itu di negara ini.

Penghantaran pertama vaksin itu telah tiba mengikut kumpulan pada September 2021 dan kini tersedia secara meluas di klinik dan hospital swasta seluruh negara.

“Duopharma komited untuk menyokong program vaksinasi kerajaan dan mempertingkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan memperluas saluran pengedaran vaksin bagi memastikan liputan vaksin penuh di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar.

Menurut Duopharma, vaksin Sinopharm pada masa ini diberikan kepada individu berusia 18 hingga 59 tahun.

Pada Julai 2021, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi vaksin COVID-19 Sinopharm untuk digunakan di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia