web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Pula Failkan Permohonan Kembalikan Pasport

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 4:12PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengemukakan permohonan untuk ke Singapura, kata peguam bela, Nur Syahirah Hanapiah.

Beliau ketika dihubungi Getaran berkata, permohonan tersebut telah difailkan semalam dan ia dijangka didengar Mahkamah Rayuan Isnin depan.

“Betul, (Datuk Seri) Najib akan buat permohonan pada Isnin nanti, pada jam 9 pagi di hadapan hakim Mahkamah Rayuan.

“Saya baru failkan permohonan semalam, tetapi masih belum mendapat salinan termeterai daripada mahkamah, jadi saya tak boleh ulas panjang-panjang,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi membenarkan pasport Datin Seri Rosmah Mansor dikembalikan buat sementara, bagi membolehkan beliau menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura.

Nooryana Najwa yang hamil lapan bulan dilaporkan memiliki sejarah komplikasi berisiko tinggi , justeru kehadiran Rosmah amat diperlukan bagi menemani anaknya itu sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia