web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kawal Selia Ringan Perkhidmatan Awan Mulai Tahun Depan - Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:13PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawal selia ringan ke atas perkhidmatan awan (cloud services) akan dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar, kawal selia perkhidmatan awan itu penting bagi menjamin keselamatan, privasi, perlindungan data dan aliran data pengguna.

“Langkah ini diambil selepas mempertimbangkan pandangan industri tempatan dan asing yang bimbang terhadap impak kawal selia ke atas pelaburan dalam sektor ini.

"Ia selaras pelancaran MyDIGITAL yang menyaksikan kerajaan akan melaksanakan strategi cloud first policy sekali gus meningkatkan kebergantungan terhadap perkhidmatan awam dalam urusan seharian rakyat di negara ini,” katanya hari ini.

Annuar Musa - Gambar fail
Annuar Musa - Gambar fail

Annuar berkata, kawal selia ringan ini akan dilaksanakan melalui pelesenan perkhidmatan awan di bawah lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP).

Lesen yang diliberalisasikan pada tahun 2012 itu katanya, antara lain membenarkan pegangan saham asing sehingga 100 peratus dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM2,500 setahun.

“Melalui kawal selia ringan ini, SKMM berpeluang bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan bagi menghasilkan instrumen kawal selia seperti kod teknikal serta prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan perlindungan data berteraskan standard antarabangsa.

“Pematuhan terhadap instrumen tersebut penting bagi menjamin kestabilan dan keseragaman perkhidmatan awan, sekali gus mewujudkan persekitaran dipercayai dan terjamin,” katanya. - Getaran, 15 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia