web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurier Kosmetik Taktik Baharu Sindiket Edar Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:33PM

Tium Ming Kung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Perkhidmatan kurier yang berselindung di sebalik produk kosmetik dikesan sebagai antara taktik terbaharu digunakan sindiket pengedar dadah, bagi mengelakkan aktiviti itu dikesan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Superitendan Tium Ming Kung berkata, sebanyak tiga kes yang menggunakan taktik licik itu berjaya dipatahkan pihak berkuasa sejak Jun lalu.

"Pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier bagaikan menjadi trend beberapa bulan kebelakangan ini.

"Siasatan awal mendapati modus operandi mereka adalah dengan mengisytiharkan barangan itu sebagai produk kosmetik,” katanya kepada media selepas pelancaran pelancaran Operasi Jihad Dadah 2.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Ming Kung berkata, pemeriksaan polis bagaimanapun menemui lebih 10 tiub kecil dadah jenis heroin, dengan anggaran berat 50 gram.

“Susulan penemuan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an, yang ketika itu sedang berada di kaunter bagi menguruskan penghantaran.

“Polis tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut mendapat bekalan dadah daripada luar negeri untuk pasaran sekitar daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman,” katanya.

Beliau berkata, polis akan memantau rapi aktiviti tersebut, termasuk yang menggunakan penjualan platform dalam talian.

“Kami juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi mengetatkan kawalan di sempadan negeri,” katanya.  – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia