web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Tanpa Dos Lengkap? Kompaun RM2,000 Menanti Anda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:42PM

Polis akan memantau rapi pergerakan orang ramai bagi memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku ketika pergerakan rentas negeri sempena cuti hujung minggu ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kompaun maksimum sehingga RM2,000 setiap seorang menanti golongan anti vaksin jika dikesan ‘menyertai’ pergerakan rentas negeri besar-besaran yang dijangka berlaku malam ini.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair berkata, pihaknya akan memantau rapi pergerakan orang ramai dari semasa ke semasa, untuk memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku.

Polis katanya, akan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi tumpuan di lebuh raya bagi memantau sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan membuat pemeriksaan mengejut di plaza tol, stesen minyak, hentian rawat dan rehat (RnR) serta beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengguna lebuh raya di seluruh negara.

“Polis juga akan memeriksa status MySejahtera orang ramai secara rawak bagi memastikan mereka yang melakukan pergerakan rentas negeri terdiri daripada golongan lengkap divaksin,” katanya kepada Getaran di sini.

Menurut beliau, tindakan kompaun akan dikeluarkan serta merta kepada individu atau kumpulan yang didapati merentas negeri tanpa melengkapkan dos suntikan masing-masing.

Srikumar berkata, pemantauan pergerakan orang ramai turut disertai oleh Unit Udara PDRM menggunakan helicopter di lebuh raya utama.

“Khidmat helikopter akan digunakan untuk memantau laluan utama di lebuh raya iaitu Pantai Timur, Utara dan Selatan bagi memastikan pergerakan orang ramai berjalan lancar,” katanya.

PDRM menjangkakan pergerakan sehingga mencecah 4 juta kenderaan akan berlaku bermula malam ini sehingga esok, susulan kebenaran merentas negeri yang diumumkan kerajaan minggu lalu. - Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia