web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelancong Ke Pulau Tioman Perlu Buat Tempahan - Mohd Sharkar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:50PM

Pulau Tioman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Semua pelancong dari dalam dan luar Pahang yang ingin mengunjungi Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik dan melengkapkan dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan itu. 

Keputusan itu dibuat bagi memudahkan pemantauan dilakukan sekiranya terdapat kes positif dikesan di pulau berkenaan. 

 Mohd Sharkar Shamsudin
Mohd Sharkar Shamsudin

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, peraturan ketat tersebut diambil selepas menerima kira-kira 2,500 tempahan daripada pelancong yang ingin ke pulau terbabit, sejak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu. 

"Pelancong ke Tioman perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana di sana hanya mempunyai sekitar 1,800 bilik penginapan sahaja. Pulau Tioman bukan macam destinasi pelancongan lain seperti Cameron Highlands atau Genting Highlands yang boleh datang secara 'walk in' dan kemudian baharu cari bilik untuk menginap. 

"Takkanlah mereka nak berkongsi bilik, jadi, setiap keluarga mungkin ada suami dan isteri, (atau) mungkin bersama anak mereka, kalau tidak buat (tempahan), mereka nak tidur di mana," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Mohd Sharkar memaklumkan, semua pengusaha pusat pelancongan, terutamanya pemilik hotel digalakkan menyediakan kit ujian kendiri COVID-19 untuk pelanggan sebagai langkah berjaga-jaga. 

Sementara itu, mengulas mengenai statistik kemasukan pelancong ke Pahang antara Januari hingga Mac lalu, beliau berkata, seramai 430,000 pelancong direkodkan sudah mengunjungi negeri ini. 

"Jumlah ini sangat jauh berbeza dibandingkan tahun lalu dan kalau kita tengok tahun lepas, seramai 2.3 juta pelancong direkodkan dalam tempoh sama. 

"Secara keseluruhannya, jumlah kemasukan pelancong ke Pahang merosot 79 peratus sejak negara dilanda COVID-19 dan ia memberi kesan sangat besar kepada semua pemain industri pelancongan bukan sahaja di negeri ini, tapi di seluruh negara," katanya. 

Mohd Sharkar berkata, hampir 99 peratus hotel di Pahang sudah ditempah sejak minggu lalu dan semua pengusaha hotel dan penginapan diminta mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak tindakan diambil terhadap mereka. 

"Kita tidak mampu untuk memeriksa dan melakukan pemantauan SOP di semua premis yang terbabit dengan industri pelancongan, jadi kita minta kerjasama mereka untuk bersama-sama menjaga SOP ditetapkan. 

"Lagipun, mereka sudah lama tidak beroperasi, jadi kalau mereka sendiri abaikan SOP, mereka kena tanggung sendiri akibatnya, terutamanya jika didapati melanggar SOP dan diarahkan ditutup sementara waktu," katanya.  – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia