web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Gantung Prosiding Kes Saman 1MDB, Didengar Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:56PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung prosiding saman sivil US$8 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap beliau dan beberapa pihak lain, akan didengar pada 11 Februari tahun depan.

Peguam yang mewakili 1MDB, Siva Kumar Kanagasabai berkata bekas Perdana Menteri itu telah mengemukakan permohonan untuk menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas pengurusan kes dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah juga membenarkan permohonan 1MDB untuk menyerahkan surat kepada Terrence Geh Choh Heng (bekas Pengarah Kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas Peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd) melalui penyampaian ganti dalam saman US$8 bilion itu.

Penyampaian ganti adalah perkhidmatan alternatif yang dibenarkan mahkamah selepas percubaan penyampaian ke diri tidak berjaya. 

Selain itu, peguam tersebut berkata bekas Pengarah Pelaburan dan Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Vincent Beng Huat Koh telah memfailkan penyataan pembelaannya dan beliau telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.

“Beliau telah diberi tempoh tiga minggu untuk berbuat demikian. 1MDB mempunyai masa sebulan untuk memfailkan jawapan kepada pembelaannya,” katanya menambah mahkamah menetapkan 1 Disember untuk pengurusan kes selanjutnya.

Saman US$8 bilion itu adalah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih US$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.

Dinamakan sebagai defendan dalam saman ini ialah Najib, Terence Geh, Jasmine Loo, Casey Tang, Vincent Beng, Ketua Pegawai Operasi Radhi Mohamad, bekas Pengarah Pelaburan Kelvin Tan Kay Jim dan Nik Faisal. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia