web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Meraung Terima Hukuman Mati, Penjual Ikan Terima Padah Miliki Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 7:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang wanita meraung kesedihan apabila dijatuhi hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lalu, di Mahkamah Tinggi Tawau, di sini, semalam.

Hairun Jalmani, 55, yang bekerja sebagai penjual ikan menjerit mengatakan dia tidak bersalah, selain dilihat beberapa kali meraup muka, seolah-olah tidak mempercayai keputusan dijatuhkan.

Tertuduh didakwa mengedar dadah dari jenis metafetaminseberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pengkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada jam 5.30 pagi 10 Januari 2018.

Atas kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Alwi Abdul Wahab berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan dengan konsisten elemen pemilikan dadah terhadap tertuduh.

Menurut beliau, ketika serbuan dilakukan, polis mendengar bunyi tapak kaki dan pintu dikunci dari dalam, menyebabkan mereka terpaksa memecah masuk, sebelum menjumpai sebuah bilik berkunci.

Mahkamah diberitahu, polis menemui tertuduh seorang diri duduk di atas katil dalam bilik berkenaan selepas memecah masuk, manakala dadah itu ditemui di bahagian bawah katil (yang diduduki tertuduh).

Menurut Dr Alwi, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen andaian bunyi tapak kaki itu adalah milik tertuduh memandangkan hanya wanita itu ditemui berada dalam rumah dan bilik berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Tambahnya, sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pembela juga gagal mengemukakan keraguan munasabah terhadap dakwaan ke atas tertuduh.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam lantikan mahkamah, Darmin Acho.

Perbicaraan tersebut membabitkan empat saksi di pihak pendakwa, manakala dua untuk pasukan pembela termasuk tertuduh sendiri. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia