web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Trafik Keluar Dari Ibu Kota Lancar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:15AM

Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak terkawal malam tadi meskipun warga Lembah Klang dijangka pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu yang panjang. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama menuju keluar dari Lembah Klang terkawal setakat malam ini walaupun cuti hujung minggu yang panjang. 

Warga Lembah Klang dijangka pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum sempena Maulidur Rasul pada Selasa ini.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Duta dan Plaza Tol Sungai Besi, di sini yang merupakan laluan utama warga Lembah Klang untuk ke pantai Timur, utara dan selatan tanah air mendapati aliran trafik sedikit meningkat, bagaimanapun berada dalam keadaan lancar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shariat yang ditemui di Plaza Tol Gombak berkata beliau menjangkakan tidak akan berlaku kesesakan di plaza tol berkenaan.

“Selalunya jika cuti panjang, kesesakan akan mula berlaku pada waktu petang tetapi hari ini keadaannya berlainan mungkin kerana ramai pengguna jalan raya telah merancang perjalanan mereka lebih awal untuk mengelak kesesakan,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Trafik menuju ke Pantai Timur berjalan lancar malam tadi. - Gambar Azim Abd Rahman
Trafik menuju ke Pantai Timur berjalan lancar malam tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Haidatul Nazri, 25, berkata beliau gembira kerana dapat pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang selepas dua tahun tidak pulang berikutan pandemik COVID-19.

“Saya sangat seronok dapat pulang ke kampung selepas dua kali raya tidak dapat pulang menziarah mak, kali ini saya bercuti selama lima hari,” katanya yang merupakan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta di sini.

Bagi mahasiswi yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Shafiqa, 21, pula berkata perjalanannya untuk pulang ke kampusnya di Muadzam Shah, Pahang berjalan lancar setakat ini.

“Saya bersama ibu bapa memulakan perjalanan dari rumah di Kedah kira-kira 7 pagi tadi dan saya tidak sabar untuk memulakan kehidupan di kampus buat pertama kali selepas diterima masuk pada tahun lepas,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia