web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempoh Kuarantin Pengembara Pulang Ke Malaysia Dipendekkan - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 10:56AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kebenaran rentas negeri, kerajaan turut mengumumkan kelonggaran kepada pengembara yang pulang ke Malaysia dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bersetuju memendekkan tempoh kuarantin kepada golongan tersebut kepada tujuh hari sahaja, berbanding dua minggu sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, keistimewaan tersebut hanya untuk pengembara yang sudah lengkap divaksinasi.

“Kami telah memendekkan tempoh kuarantin bagi pengembara divaksin sepenuhnya yang pulang atau datang ke Malaysia dari 14 hari kepada tujuh hari,” katanya menerusi satu ciapan di Twiiter, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, tempoh isolasi untuk kontak rapat bagi penerima vaksin lengkap turut dipendekkan kepada tujuh hari berbanding 10 hari sebelum ini.

“Isolasi kontak rapat untuk individu yang sudah divaksin sepenuhnya dipendekkan dari 10 hari kepada tujuh hari,” katanya.

Dalam satu ciapan berasingan, Khairy turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Tolong pakai pelitup muka terutama ketika di luar dan di tempat sesak. #ReopeningSafely bukan bermaksud kita tidak perlu patuhi SOP,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia