web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemulihan Bekalan Air Cecah 98 Peratus - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 11:08AM

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Lembah Klang, Shah Alam, Wilayah Petaling,  Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mencapai 98 peratus setakat 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, enam wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus.

Menurut beliau, tahap pemulihan di dua kawasan iaitu Kuala Lumpur dan Klang kini masing-masing mencecah 95.5 dan 89.4 peratus.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza mengikut jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Gangguan bekalan air itu disebabkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan pada 9 pagi, Rabu (13 Oktober) dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini.

“Pihak Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,' katanya.

Orang ramai boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Mereka juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan dan aduan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.  - Getaran, 16 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia