web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penilaian KAFA 2021 Diganti UPKK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 1:07PM

Abdul Aziz Jusoh - Gambar dari JPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 16 hingga 30 November ini, bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian KAFA (UPKK).

Pelaksanaan itu berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, perubahan penilaian itu tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid terhadap subjek dipelajari.

“MPKAFA ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu pertama kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula tahun tiga hingga tahun lima. Markah diperuntukkan adalah 75 peratus.

“Bahagian kedua merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran pengajaran dan pembelajaran (PdPR), hasil kerja serta komitmen calon. Markah diperuntukkan adalah 25 peratus,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, PdPR bagi murid tahun lima dan tahun enam hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA dalam tempoh penilaian.

Aktiviti penilaian bersepadu ini, katanya, membabitkan semua guru KAFA di setiap premis kelas dan boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian, luar talian atau ‘offsite’.

Beliau berkata, dokumen MPKAFA itu boleh dimuat turun penilai akan dilantik melalui portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM pada 8 hingga 10 November 2021.

“Sesi libat urus bersama agensi pelaksana KAFA di setiap negeri berkaitan pelaksanaan MPKAFA akan dilaksanakan pada tarikh ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, JAKIM akan menggunakan pelbagai saluran informasi bagi memastikan maklumat jelas dapat disampaikan sebaiknya, sebagai memahami keresahan ibu bapa, murid, agensi pelaksana KAFA dan pihak berkaitan susulan beberapa perubahan mengenai penilaian itu.

“Dengan keputusan ini, agensi pelaksana KAFA di setiap negeri, pentadbir di setiap premis dan guru KAFA dimohon memastikan pelaksanaan MPKAFA berjalan lancar,” katanya.

Pada 23 September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengumumkan bahawa pengoperasian KAFA di seluruh negara bagi murid tahun satu hingga enam diteruskan secara PdPR sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.

Menerusi pengumuman itu, katanya, peperiksaan UPKK bagi calon 2020 dan 2021 untuk subjek bertulis yang dijadualkan serentak akan digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia