web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MB Johor Mahu PBT Mudahkan Pemberian Lesen Perniagaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Oct 2021 5:32PM

Hasni Mohammad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor diminta mempermudahkan proses permohonan lesen perniagaan kepada masyarakat di kawasan masing-masing bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata perkara-perkara membabitkan birokrasi yang membebankan seperti tempoh permohonan lesen, perlu diselesaikan segera.

"Kalau orang hendak buka kedai makan, jangan sampai berbulan-bulan baru hendak dapat lesen. Kalau boleh permudahkan. Jika rakyat hendak berniaga di mana-mana juga, benarkan mereka.

"Urusan lesen ini, kita buat kemudian.  Cari jalan untuk kita boleh mengurangkan karenah-karenah dan birokrasi dalam keadaan rakyat tersepit, rakyat susah pada waktu ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasni berkata ekoran pandemik hasil kerajaan negeri turut berkurangan bagi membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan milik kerajaan negeri termasuk premis-premis milik PBT, agensi kerajaan yang lain serta rumah-rumah dimiliki kerajaan.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terus memainkan peranan membantu rakyat dalam kesusahan.

"Usaha ini saya harap akan jadi perkara lazim. Hari ini bantu mereka yang terkesan akibat pandemik, esok lusa bantu mereka mungkin terkesan sebab perkara lain," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia