web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ujian RT-PCR Untuk Kontak Rapat, Pengembara Mulai Hari Ini - KJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 6:05PM

Rakyat asing yang dibenarkan memasuki Malaysia oleh Ketua Pengarah Imigresen akan diberikan pengurangan tempoh kuarantin mulai Isnin ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) ke atas semua kontak rapat dan pengembara akan dilaksanakan bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia membabitkan individu yang sedang menjalani kuarantin wajib hari kelima atau lebih, dan telah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Menurut beliau, mereka yang tidak mengambil vaksin atau belum melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib hari kelapan serta ke atas juga boleh menjalani ujian RT-PCR bermula hari ini. 

"Sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 individu terbabit negatif, mereka akan diberi Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian pada Isnin ini," katanya di sini.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pengurangan tempoh kuarantin bermula Isnin depan dikhususkan untuk mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat, kor diplomatik atau rakyat asing yang dibenarkan memasuki Malaysia oleh Ketua Pengarah Imigresen.

"Turut dibenarkan ialah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 serta individu diberi perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa, contohnya mereka yang pulang dari kawasan berisiko tinggi seperti diumumkan kerajaan. 

"Garis panduan sedia ada yang berkaitan masih terpakai dan orang awam diingatkan untuk mematuhi garis panduan ditetapkan," katanya. 

Mengulas lanjut Khairy juga memaklumkan, kegagalan untuk mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pengurangan Tempoh Kuarantin Wajib Pengembara dari luar negara serta Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Rapat berkuat kuasa 18 Okt ini. - Getaran, 16 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia