web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Kertas Siasatan Pandora Papers Dibuka - Bukit Aman 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:23PM

Abd Jalil Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman membuka dua kertas siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin politik, menteri dan ahli perniagaan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat hari ini, polis menerima empat laporan berhubung pendedahan terbabit.

Katanya, laporan yang diterima pihaknya antara lain berkaitan dakwaan penyaluran wang dari Malaysia ke luar negara secara haram.

Bagaimanapun beliau berkata, dua daripada laporan diterima pihaknya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Daripada empat laporan diterima, dua diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana ia berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum menggesa siasatan.

“Bagi dua lagi laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan dan menjalankan rakaman percakapan pengadu,” katanya.

Abd Jalil berkata, satu kertas siasatan sudah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) Khamis lalu.

“Satu lagi kertas siasatan akan dirujuk kepada BNM pada 18 Oktober (Isnin depan) untuk siasatan lanjut,” katanya.

International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) sebelum ini mendedahkan, siasatan dijalankan mendapati ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah menyembunyikan wang serta pelaburan hartanah, kapal persiaran dan aset lain milik mereka sepanjang 25 tahun lepas.

Siasatan dikenali Pandora Papers itu menyatakan perkara tersebut didedahkan menerusi pemilikan 12 juta fail oleh 14 firma di serata dunia.

Menerusi pendedahan berkenaan, dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir, malah terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Antara nama disebut adalah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang-undang Amerika global yang dilaporkan digunakan untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong. - Getaran, 16 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia