web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Pakai Tangkal, Khairy Sinis Bidas Anti Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 7:11PM

Tangkap layar dari Instagram Khairy Jamaluddin menunjukkan dirinya menjawab tuduhan kumpulan anti vaksin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas panas dengan kenyataan ‘mahu menyusahkan hidup golongan anti vaksin’, nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi kecoh di media sosial apabila didakwa menggunakan tangkal untuk melindungi dirinya.

Seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar perbualan golongan anti vaksin mengenai perkara itu yang kemudian mengundang tawa orang ramai ‘mempersendakan’ kenyataan tidak berasas tersebut.

Menerusi tangkap layar perbualan menerusi Telegram yang ditularkan itu, seorang individu mendakwa Khairy menggunakan tangkal untuk melindungi dirinya.

“KJ ada guna tangkal dekat tangan kiri, ada empat jenis jin ‘setan’ (syaitan) yang dia guna untuk lindungi diri dia,” dakwa individu terbabit.

Dakwaan tersebut bagaimanapun mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau berkenaan yang turut berkongsi tangkap layar perbualan itu dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino,” katanya.

Dalam satu lagi hantaran berlainan di Instagramnya, Khairy berkata golongan anti vaksin kini dilihat semakin menjadi-jadi.

Sebelum ini, Khairy menerusi ciapan di Twitter menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kumpulan anti vaksin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah dengan membuat beberapa laporan polis terhadap golongan tersebut agar tindakan susulan seperti siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

Katanya, kumpulan itu terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Khairy berkata demikian sebagai membalas ciapan pakar perubatan keluarga, Dr Sakinah Sulong yang mempersoalkan kumpulan anti vaksin di negara ini, apabila dilihat seolah kebal daripada tindakan pihak berkuasa walaupun berterusan menyebarkan dakwaan dan berita palsu. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia