web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Monsun Timur Laut, 29 Pusat Pemindahan Sementara Diwujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 7:40PM

Rithuan (tengah) menerima sumbangan bakul makanan daripada syarikat swasta bagi disalurkan kepada golongan terkesan akibat COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Sebanyak 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwujudkan di pulau ini sebagai langkah menghadapi monsun timur laut yang bermula November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi pelbagai bencana ,terutamanya banjir susulan peralihan monsun timur laut yang bakal melanda wilayah itu.

Menurut beliau, beberapa kampung juga telah dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.

“Sebanyak 29 buah PPS yang diwujudkan ini mampu menampung 7,000 mangsa dalam satu-satu masa,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dalam perkembangan lain Rithuan berkata, sejumlah 52,786 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19  di pulau ini sejak Mac tahun lalu.

Beliau berkata, semua bakul makanan itu adalah sumbangan daripada 90 agensi termasuk pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sejak Mac tahun lalu hingga semalam, kami telah menerima sebanyak 52,786 bakul makanan dengan 98 peratus telah diagihkan kepada golongan terkesan,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia