web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TUDM Laksana Penghantaran Udara Keperluan Logistik HMATMS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:08PM

Kelengkapan pembinaan Hospital Medan dimuat ke dalam kapal terbang A400M.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Satu penghantaran udara dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, khusus membantu keperluan logistik bagi melengkapkan pembinaan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia Sibu (HMATMS).

Jurucakap Briged Kesembilan Infantri Malaysia berkata, penghantaran berkenaan dibuat menggunakan pesawat angkut jenis A400M.

Menurut beliau, ia dikendalikan Mejar Mohd Hafiz Mat Yusof selaku juruterbang dan dibantu Kapten Noor Mohamad Farhan  Mohamad Noor serta Kapten Muhammad Idris Ismail, bersama empat kru dari No 22 Skuadron.

“Pesawat terbabit berlepas dari Pangkalan Udara Subang (PU Subang) pada jam 7 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 8.50 pagi tadi.

“Misi penghantaran islah membawa muatan seberat kira-kira enam tan terdiri daripada kelengkapan pelbagai peralatan perubatan seperti Khemah DRASH, Khemash Utilis,

Portable Aircond, Katil Medan, Oksigen Concentrator serta beberapa peralatan lain,” katanya.

Anggota TUDM memunggah kelengkapan daripada lori. \
Anggota TUDM memunggah kelengkapan daripada lori. \

Menurutnya, penubuhan HMATAMS itu bertujuan membantu pihak Hospital Sibu menguruskan pesakit bukan kes COVID-19, sekali gus meringankan tugas staf perubatan di Hospital Sibu.

“Penubuhan Covid Assessment Centre (CAC) pula ialah untuk memberikan rawatan khusus kepada kes COVID-19.

“Seramai 10 pegawai dan 20 anggota dari 9 Briged telah turun padang bagi membuat penerimaan barangan tersebut dan sebanyak 10 trak tiga tan diatur gerakkan untuk membawa barangan perubatan ke HMATMS,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Minat Mendalam, Ingin Pertahan Kedaulatan Negara Dorong Sertai TUDM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera Ketika Latihan Menembak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia