web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Kisah Digelar Dajjal, Khairy Ulang Pendirian Untuk Bertegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 3:08PM

Khairy Jamaluddin berkata pelbagai cara sudah dilakukan kerajaan dalam meyakinkan keberkesanan vaksin terhadap golongan tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan panas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mahu menyusahkan hidup golongan anti vaksin terus hangat diperkatakan.

Terbaru, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendekatan itu yang berbaur ugutan dan menghukum golongan tersebut sebagai satu cara yang sombong.

Menurut beliau, golongan tersebut perlu didekati kerana kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik yang lebih berkualiti untuk mematahkan hujah mereka.

Pandangan Anwar itu bagaimanapun mendapat perhatian Khairy hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter beliau berkata, pelbagai perkara sudah dilakukan kerajaan dalam meyakinkan keberkesanan vaksin terhadap golongan tersebut.

“Nak kata kerajaan tak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau akan kekal dengan pendirian tegas terhadap golongan anti vaksin, seperti yang disuarakan sebelum ini.

“Saya minta maaf, saya perlu tegas dalam isu ini. Panggil saya dajjal atau apa saja,” katanya.

Sebelum ini, Khairy menerusi ciapan di Twitter menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kumpulan anti vaksin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah dengan membuat beberapa laporan polis terhadap golongan tersebut agar tindakan susulan seperti siasatan, pendakwaan dan yang berkaitan dapat disegerakan.

Katanya, kumpulan itu terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Khairy berkata demikian sebagai membalas ciapan pakar perubatan keluarga, Dr Sakinah Sulong yang mempersoalkan kumpulan anti vaksin di negara ini, apabila dilihat seolah kebal daripada tindakan pihak berkuasa walaupun berterusan menyebarkan dakwaan dan berita palsu. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Yang Sanggup Bersikap Tegas Akan Hilang Sokongan Rakyat - Aktivis

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia