web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Yang Sanggup Bersikap Tegas Akan Hilang Sokongan Rakyat - Aktivis

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 9:17AM

Negara ketika ini berada dalam keadaan nazak dan tidak lagi boleh berbelanja semewah dahulu - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan yang sanggup bersikap tegas demi memperbaiki fiskal negara akan dibenci rakyat, malah mungkin berdepan risiko kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, tiga langkah utama untuk tujuan berkenaan pernah disebut pakar sejak puluhan tahun lalu.

Menurut beliau, ia mencakupi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rasionalisasi subsidi serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menggantikan pencen untuk penjawat awam yang baru berkhidmat.

“Negara ini bukan macam dulu. Dulu negara kita kaya sumber. Sekarang hasil minyak pun kalau ikut PETRONAS hanya boleh tahan 10 tahun. 

“Sektor perindustrian dan pertanian pun tak macam dulu. Bertukar-tukar Perdana Menteri membuatkan bertukar-tukar dasar. Hala tuju negara lari sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kerajaan yang sanggup bertindak tegas untuk memperbaiki fiskal negara pasti akan dibenci rakyat - gambar hiasan
Kerajaan yang sanggup bertindak tegas untuk memperbaiki fiskal negara pasti akan dibenci rakyat - gambar hiasan

Jelas Liyana, senario tersebut menyebabkan hutang negara melebihi 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM1.7 trilion.

“Bila hasil negara tiris dan disakau 60 tahun lamanya, banyak yang dipunggah ke luar negara. Banyak yang bocor, demi mengayakan pemimpin dan keluarga mereka. 

“Tak lupa juga, penjawat awam yang senyap-senyap kaya selepas bersara, jangan la harapkan negara ini kekal sama. Kaya sentiasa,” katanya.

Beliau mengingatkan, Malaysia ketika ini sedang berada dalam keadaan nazak dan tidak seperti dulu.

“Apa yang boleh dibuat? Perlu kurangkan belanja, tak boleh bermewah lagi. 

But believe me, 20-30 years from now, generasi baharu akan hargai dan berterima kasih kepada anda. Anda selamatkan anak-anak and cucu kita dari negara kita jadi seperti Sri Lanka dan Venezuela,” katanya.

Liyana Marzuki - gambar fail
Liyana Marzuki - gambar fail

Tegas bekas peguam itu, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mahu memperbetulkan fiskal negara.

“Saya sanggup susah sekarang, demi masa depan anak-anak saya terjaga. Saya harap dengan pengorbanan ini boleh buatkan anak-anak dapat negara yang mereka boleh bangga. 

So long that anda tidak menyakau macam kerajaan sebelumnya, you will have my vote. Kalau sebaliknya, the wrath of people will come to you. Kami pernah buat kepada kerajaan sebelum,” tegasnya. 

Baru-baru ini, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi modal pembangkang susulan pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, Kabinet telah bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Jelas beliau, status berpencen bagaimanapun kekal tidak berubah untuk penjawat awam tetap sedia ada, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - Getaran, 28 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini