web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tohmahan Salah Laku Pegawai PDRM Bukan Perkara Baharu - Azri Ahmad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 4:14PM

Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tohmahan berkaitan salah laku rasuah membabitkan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan perkara baharu kerana ia kerap kali ditimbulkan, khususnya apabila ada pengosongan ‘kerusi panas’.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, senario sebegini kerap berlaku dalam PDRM terutamanya apabila ada ura-ura kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai kanan.

Katanya, tindakan menularkan tohmahan dilihat sebagai cubaan mencalarkan imej dan reputasi seseorang pegawai kanan yang berpotensi menerima kenaikan pangkat.

“Jika apa yang ditularkan itu benar, maklumat berkenaan seharusnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan tersebut, bukannya menularkan perkara itu di media sosial,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu akaun Twitter @edisi_siasatmy, mendedahkan lapan pegawai tertinggi PDRM yang kononnya dikaitkan dengan kes salah laku rasuah.

Antara pegawai tertinggi PDRM yang dinamakan adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Zaini Jass.

Azri berkata, jika apa yang ditularkan akaun Twitter berkenaan adalah benar, sudah tentu Mazlan tidak akan dipilih untuk menjawat jawatan kedua tertinggi dalam PDRM sedangkan tohmahan sama pernah dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

“Timbalan KPN (Mazlan) sebelum dilantik ke jawatan sekarang pernah terkait dengan tohmahan kononnya terbabit dengan isu rasuah, namun Yang di-Pertuan Agong berkenan melantiknya sebagai Timbalan KPN.

“Jika apa ditohmahkan itu benar, sudah tentu Yang di-Pertuan Agong tidak akan memperkenankan pelantikan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Azri berkata, JIPS akan meneliti dan menyiasat dakwaan terbabit kerana tanpa sebarang bukti, perkara itu hanya akan merencatkan proses siasatan. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia