web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sajat Berada Di Australia, Dakwa Sudah Berhijrah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:21PM

Muhammad Sajjad - Gambar fail Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik kontroversi yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat kini sudah berada di Australia.

Pengesahan itu dibuat beliau sendiri menerusi satu video ‘live’ di media sosial miliknya.

Menurutnya, dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia selepas mendapat bantuan negara itu dalam usaha melarikan diri daripada dihantar pulang ke Malaysia.

Dalam perkongsian yang dibuat secara langsung di media sosial, Sajat berkata, dia bukanlah melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.

"Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari, you all (anda semua) yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan," katanya ketika berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial.

Mengulas mengenai status agamanya, Sajat menegaskan dia masih seorang Islam.

Usahawan produk kecantikan penuh kontroversi itu sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas PDRM dimaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok, dan memaklumkan dia mendapat perlindungan di Australia. - Getaran, 18 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia