web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kes Harian Kekal Trend Penurunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 9:18PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia kekal menunjukkan trend penurunan dengan 5,434 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,396,121, Malaysia merekodkan 6,145 kes harian pada Ahad. 

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 151 kes atau 2.8 peratus melibatkan Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala baki 5,283 kes atau 97.2 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes adalah kes import manakala 5,429 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 8,435 kes sembuh dilaporkan hari ini, sekali gus mengatasi kes baharu.

Selain itu, terdapat 682 kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 357 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata 15 kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster pendidikan lain dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia