web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Perlekeh Pemeriksaan Berkala, Saringan Payudara Demi Nyawa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 12:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekiranya ditanya kepada wanita penyakit apa paling ditakuti pastinya kanser payudara antara jawapan majoriti diberikan.

Ketakutan itu sememangnya berasas apabila Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012-2016, menunjukkan, secara keseluruhannya tiga jenis kanser paling kerap dikesan di Malaysia adalah kanser payudara, iaitu 19 peratus daripada populasi, diikuti kanser kolorektal atau usus besar (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

Daripada statistik itu, kanser payudara paling banyak dikesan dalam kalangan wanita (33.9 peratus) dan kanser kolorektal paling kerap dihidapi lelaki, iaitu 16.9 peratus.

Walaupun kes baharu kanser serviks menurun dalam tempoh 2012 hingga 2016, berbanding lima tahun sebelumnya, iaitu pada 2007 hingga 2011, kenaikan dikesan berlalu ke atas kanser payudara dan kolorektal.

Bagi tempoh 2012 hingga 2016 juga, kanser payudara yang turut menyerang lelaki, mencatat jumlah tertinggi dalam 10 jenis kanser dihadapi masyarakat di negara ini.

Menurut Pakar dan Perunding Pembedahan Rekonstraktif Payudara, Jabatan Pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr Norlia Abdullah, kanser payudara adalah penyakit yang menyerang individu melalui ketumbuhan di payudara, sebelum berkembang dan merebak ke bahagian lain badan.

Jelasnya, faktor penyumbang kepada kanser payudara terbahagi kepada dua, iaitu faktor genetik dan sporadik.

“Faktor genetik hanya membabitkan lima peratus kes kanser payudara, manakala faktor sporadik (bukan genetik) menyumbang kepada 95 peratus kes penyakit ini.

“Antara punca pencetus faktor sporadik ini adalah tidak melahirkan anak, lewat melahirkan anak (selepas 30 tahun), tidak menyusukan anak melebihi enam bulan, kegemukan (obesiti) selepas menopos, kurang bersenam serta pengambilan alkohol, pil perancang sebelum melahirkan anak dan hormon gantian selepas menopos,” katanya kepada Getaran.

Dr Norlia berkata, mengikut pengalamannya dan statistik ditunjukkan, kaum wanita paling ramai menghidapi kanser payudara adalah Cina iaitu nisbah seorang daripada 22 populasi, manakala India (1:23) serta Melayu (1:30) di Malaysia.

Dr Norlia Abdullah
Dr Norlia Abdullah

Mengulas mengenai keprihatinan rakyat di negara ini berhubung kanser payudara, termasuk mengelakkan risiko diri berdepan penyakit itu, beliau mendedahkan, masyarakat bandar mempunyai kesedaran lebih tinggi berbanding luar bandar.

“Tahap pelajaran lebih tinggi yang dimiliki individu menunjukkan mereka mempunyai kesedaran semakin tinggi berhubung penyakit ini.

“Bagaimanapun, pemeriksaan berkala atau saringan payudara masih rendah dalam kalangan masyarakat, manakala kaum Cina dan India lebih ramai mendapatkan rawatan awal berbanding Melayu,” katanya.

Ditanya kebenaran dakwaan segelintir pihak, bahawa wujud pesakit tidak mendapatkan rawatan atau lewat berjumpa pakar, sebaliknya memilih menjalani perubatan secara tradisional, Dr Norlia mengakui senario itu sememangnya berlaku, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Sikap ini menyumbang kepada kelewatan berjumpa doktor dan mengurangkan peratusan untuk sembuh,” katanya.

Menurut Dr Norlia, tindakan mendapatkan rawatan pada peringkat awal bersama doktor pakar bidang, berkemungkinan membolehkan individu menghidap masalah itu dikesan pada tahap kurang serius, iaitu tahap satu atau tahap dua.

Sikap individu mendapatkan rawatan pada peringkat lewat, katanya, menyebabkan penyakit itu merebak ke tahap tiga atau empat, sekali gus menyukarkan proses rawatan.

Justeru, Dr Norlia menasihatkan individu, terutama wanita melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara bulanan bermula umur 20 tahun, iaitu seminggu selepas haid bermula, dan menjalani saringan dengan berjumpa doktor setiap tahun bermula umur 50 tahun ke atas.

“Wanita dan lelaki perlu berjumpa doktor bila mendapati ada kelainan di payudara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanser boleh dicegah dan dikawal menerusi amalan gaya hidup sihat serta saringan dijalani individu.

Menerusi pemerhatian Kementerian Kesihatan (KKM), katanya, satu pertiga kematian akibat kanser adalah berkaitan amalan berisiko, iaitu berat badan berlebihan, kurang menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran, jarang melakukan aktiviti fizikal, selain pengambilan tembakau, merokok atau alkohol.

Pengambilan tembakau, jelasnya, menjadi faktor risiko paling utama menyebabkan kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat pesakit itu.

“KKM sentiasa komited dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan terhadap kanser.

“Pengesanan dan rawatan awal juga mampu memberi peluang tinggi kepada pesakit untuk sembuh,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Semasa 7 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia