web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Tarik Nafas Lega, Masalah Banjir Kilat Kampung Temenggong Selesai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2021 12:16PM

Dr Abdul Rahman (kiri) meninjau sistem perparitan Kampung Temenggong, Kuching.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Penduduk Kampung Temenggong di sini boleh menarik nafas lega susulan kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan yang menelan belanja RM285,000.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penduduk kawasan itu sebelum ini sentiasa berdepan masalah banjir kilat.

Menurutnya, sistem perparitan sepanjang 260 meter itu merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah air melimpah dan parit tersumbat.

“Sebelum ini penduduk kerap berdepan masalah banjir kilat terutama ketika musim hujan lebat dan berterusan.

“Kita bersyukur kerana projek yang menggunakan dana Projek Rakyat ini dapat disiapkan,” katanya selepas menyaksikan penyerahan projek antara Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) kepada Ketua Kampung (KK) Temenggong Falehi Bujang hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana meluluskan peruntukan untuk pembangunan projek tersebut.

“Ini membuktikan kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat termasuk dalam aspek pembangunan,” ujarnya.

Sementara itu Falehi berkata, projek itu ternyata melegakan penduduk kampung yang terjejas akibat masalah banjir kilat sebelum ini.

“Penduduk kampung boleh menarik nafas lega sekarang kerana tidak lagi perlu memindahkan barangan rumah ke tempat lebih tinggi,” jelasnya.

Kampung Temenggong yang terletak di Jalan Matang dan menghala ke Telaga Air amat popular dengan produk tempatan seperti coconut shake, lemang pandan dan madu kelulut. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia