web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Tegas, Perjelas Sikap Isu Arak Timah - Mujahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 5:24PM

Dr Mujahid Yusof Rawa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu penjualan arak jenama Timah keluaran tempatan terus mendapat tentangan pelbagai pihak kerana dianggap menghina agama Islam.

Terbaru, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengecam penjualan arak tersebut.

Menurut beliau, kerajaan perlu bersikap tegas dalam menangani isu arak selepas timbulnya isu penjualan arak berjenama Timah bagi memelihara kedudukan dan nama baik Islam di Malaysia.

Kabinet juga katanya, perlu menjelaskan sikap mereka mengenai isu tersebut supaya nama baik Islam di Malaysia tidak dicemari tanpa menidakkan hak bukan Muslim dalam keperluan mereka.

“Dari sudut industri yang mempromosikan jenama arak Timah sebagai produk Malaysia, ia adalah sesuatu yang memburukkan imej Islam sebagai agama Persekutuan dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama berkenaan.

“Kelulusan jenama arak Timah tidak akan berlaku dan ditolak sejak awal lagi bagi memelihara kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sekiranya dasar pemerintahan berkaitan arak diteliti,” katanya hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) turut mencadangkan kerajaan mewujudkan satu garis panduan berkaitan arak, agar isu itu tidak lagi dipolitikkan sehingga menimbulkan polemik berterusan yang tidak berkesudahan.

Kata beliau lagi, dasar berkaitan arak perlu bermula dengan melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan.

“Sebarang promosi arak dan kaitannya dilarang sama sekali bagi menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

“Sensitiviti umat Islam juga perlu dipelihara dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam. Isu hak bukan Islam dalam soal arak dan kaitannya perlu dijauhi dari eksploitasi politik bagi meraih sokongan dan menimbulkan kebencian,” katanya.

Mujahid berkata, penguatkuasaan undang-undang sama ada di peringkat kerajaan tempatan atau Persekutuan perlu diperketatkan dan dibaiki, supaya gejala kesan arak dapat dikawal dan ditangani dengan berkesan.

“Berkenaan cukai arak (sin tax), dicadangkan supaya peruntukan besar perlu dibuat di bawah program ‘Berhenti Minum Arak’ bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya arak dan ancamannya kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

“Program ini adalah rentas kaum dan agama untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia menentang bahaya arak dalam masyarakat, bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan rumahtangga serta keselamatan masyarakat,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

2

Politik 8 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

3

Politik 10 bulan yang lalu

Berhentilah Bodohkan Rakyat, Henti Timbulkan Tuduhan Jahat Pada Kerajaan - Mujahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Lagi Bersabar, Akhirnya Mujahid Saman Dusuki RM1 Juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia