web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rompak 15 Tan Ikan Di Perairan Negara, 18 Nelayan Vietnam Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 8:39PM

Maritim Malaysia Zon Bintulu berjaya menahan sebuah kapal nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pada jarak lebih kurang 132 batu nautika dari barat laut Kuala Kemena, Bintulu, kelmarin.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Sebuah kapal nelayan asing, dipercayai dari Vietnam ditahan selepas menceroboh perairan negara pada jarak 132 batu nautika dari barat laut Kuala Kemena, di sini, kelmarin.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, Kapal Maritim (KM) TABAH telah mengesan kehadiran sebuah kapal bersama kru, yang sedang leka menjalankan aktiviti menangkap ikan sekitar jam 10 pagi.

Menurut beliau, kru kapal disyaki dari Vietnam berdasarkan bentuk serta strukturnya itu bagaimanapun bertindak agresif, termasuk meletakkan pelbagai halangan di atas lantai bagi menghalang ia diperiksa pihak berkuasa.

“Tekong juga bertindak mengemudi kapal secara agresif dengan cuba meloloskan diri ke perairan antarabangsa, namun terus dikejar oleh KM TABAH.

“KM TABAH mengambil masa hampir dua jam untuk memintas dan menahan kapal berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen serta lesen dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Seramai 18 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 46 tahun juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa,” ujarnya.

Effendy berkata, tekong dan kesemua kru terbabit ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 2,000 liter serta hasil tangkapan sekitar 15 tan metrik ikan campur turut dirampas, dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1 juta,” jelasnya.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh didenda sehingga RM6 juta, manakala kru boleh didenda sehingga RM600,000 setiap seorang, manakala kapak boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

“Kesemua kru akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak COVID-19 sebaik tiba di jeti,” tegasnya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia