web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Vaksin, Usahawan Berdepan Kesukaran Jalankan Perniagaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 7:49AM

Usahawan yang enggan menerima vaksin COVID-19 akan berdepan dengan kesukaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan kerana status vaksinasi merupakan satu kriteria penting untuk membolehkan individu pergi ke mana-mana tempat. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Golongan usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata ini berikutan status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu untuk pergi ke mana-mana tempat. 

"Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka," katanya kepada media selepas melawat proses vaksinasi untuk remaja di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, semalam.

Namun setakat ini pihaknya tidak mewajibkan golongan usahawan di bawah kementerian itu untuk mengambil vaksin. 

"Saya akan bincang (mengenai mewajibkan vaksinasi) namun setakat ini kita tidak mengenakan syarat tetapi kita akan lihat nanti betapa seriusnya perkara ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia