web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Malaysia Ditahan Di Australia Bukan Keldai Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 2:46PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan bahawa lelaki tempatan yang ditahan pihak berkuasa Australia selepas disyaki menyeludup heroin adalah keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, suspek yang disyaki menyeludup 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta itu sudah berada di Australia sejak Januari 2020.

Menurut beliau, ia sama sekali berbeza dengan modus operandi seorang keldai dadah.

“Jika dia seorang keldai dadah, lelaki itu sepatutnya masuk ke Australia membawa bahan terlarang tersebut menaiki kapal terbang dan ditahan sebaik menjejakkan kaki di lapangan terbang.

“Untuk makluman, lelaki yang ditangkap berumur 38 tahun itu telah masuk ke Australia sejak awal tahun lepas dan saya menolak kemungkinan dia adalah seorang keldai dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.  

Razarudin berkata, siasatan kes berkenaan mungkin mengambil masa antara seminggu hingga sebulan memandangkan risikan masih lagi dijalankan.

“Setakat ini, maklumat yang diberikan oleh pihak Australia sedikit sebanyak membantu kita. Siasatan ini ambil masa sehingga seminggu, dua minggu atau sebulan untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti.

“Kita boleh buat siasatan lebih kurang sahaja, tetapi kita tak mahu sebab ini satu sidniket yang besar, beri kita sikit masa lagi,” katanya.

Seorang warga Malaysia dilaporkan ditahan pihak berkuasa Australia Ahad lalu, kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta.

Dadah itu ditemui dalam kontena yang membawa jubin dari Malaysia ke Melbourne.

Pegawai Kanan Polis Australia, Krissy Barret dilaporkan berkata, ia adalah rampasan dadah terbesar di negara berkenaan, membabitkan bekalan dari Malaysia.

Lelaki yang dirahsiakan identitinya itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat lalu.

Semalam, Razarudin dilaporkan berkata, JSJN Bukit Aman sudah berhubung dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) berhubung penahanan lelaki tersebut. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia