web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Tidak Setimpal Hapus Minat Rakyat Dalam Sektor Perladangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 9:34PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak sewajarnya menggunakan alasan bahawa pekerja tempatan tiada minat bekerja dalam sektor perladangan bagi ‘menghalalkan’ usaha pengambilan tenaga kerja asing.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa pekerja tempatan sukar melakukan kerja menuai di sektor perladangan kerana tidak mampu memikul kelapa sawit yang berat adalah tidak adil kepada rakyat.

Tegasnya, isu utama yang menyebabkan rakyat tempatan tidak berminat bekerja di ladang adalah bayaran upah tidak setimpal dengan beban kerja dilakukan.

“Rakyat Malaysia sanggup bekerja di Australia dan Singapura sebagai pekerja kasar, berbahaya dan kotor disebabkan gaji yang baik,” katanya.

Kamarul Baharin berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sepatutnya sudah membuat kajian berkaitan isu kekurangan pekerja tempatan dalam sektor perladangan.

Jelasnya, faktor bayaran upah adalah sebab utama pekerja tempatan tidak menceburi pekerjaan di sektor itu, yang sama sekali tidak berkaitan dengan keupayaan mereka memikul kelapa sawit.

Beliau berkata, kementerian itu perlu mengkaji faktor lain juga mengenai kekurangan pekerja tempatan dalam sektor terbabit, yang sering dianggap berat, kotor dan berbahaya.

“Upah pekerja tempatan di sektor perladangan adalah RM1,200 dan memerlukan kerja lebih masa untuk mencapai RM2,000.

“Mungkin tiba masanya kerajaan memberi inisiatif kepda pekerja tempatan yang bekerja di sektor perladangan dengan membayar gaji melebihi had Pendapatan Garis Kemiskinan Negara (PGK) sebanyak RM2,208 untuk kerja normal,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata,  MTUC sudah memberi pandangan semasa sesi libat urus dengan Zuraida pada 27 September lalu, berhubung keperluan penggajian pekerja asing.

“MTUC menegaskan bahawa syarikat mesti mengutamakan pekerja tempatan dalam penggajian semua sektor,” katanya.

Menurut Kamarul Baharin, MTUC tidak pernah dibabitkan dalam isu penggajian pekerja asing, malah tiada data dan kajian dikemukakan, sehingga pihaknya meragui kebenaran wujudnya keperluan mendesak dalam perkara itu.

Perkara itu, katanya, seolah-olah menyaksikan berlaku eksploitasi sehingga mencemarkan nama Malaysia di persada dunia.

"Kerajaan perlu menghalang syarikat yang mempunyai rekod buruk terhadap pekerja asing daripada menggajikan tenaga kerja itu.

“Sekatan, halangan dan ugutan kepada pekerja asing untuk menjadi ahli kesatuan sekerja memburukkan imej negara. MTUC perlu diberikan kesempatan untuk berjumpa pekerja asing sebelum mereka bekerja bagi mengelakkan buruh paksa berlaku,” katanya.

Zuraida baru-baru ini berkata, kerajaan akan membawa masuk seramai 32,000 pekerja asing untuk bekerja di sektor perladangan kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk mengisi kekosongan pekerjaan itu walaupun ditawarkan gaji lumayan.

Ahli Parlimen Ampang itu turut menyatakan, sektor berkenaan kekurangan pekerja untuk kerja menuai dalam kalangan rakyat tempatan atas alasan berat dan susah. - Getaran, 20 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia