web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tren Kargo Tergelincir, Perkhidmatan Komuter Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 4:04PM

Kerja-kerja pengalihan gerabak kini dijalankan KTMB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebuah tren kargo dengan muatan telah tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga dekat sini, hari ini, mengakibatkan kedua-dua landasan berdekatan stesen tersebut terhalang sepenuhnya. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin, tren yang dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang itu tergelincir ketika melalui landasan di KM20.041, awal pagi tadi.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa berlaku.

"11 daripada 50 gerabak telah tergelincir, manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan.

"Ekoran itu, perkhidmatan KTM Komuter yang melalui laluan tersebut tidak dapat beroperasi." katanya dalam satu kenyataan media.

Mohd Rani Hisham juga memberitahu, perkhidmatan komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan Shah Alam.

"KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta,'' katanya.

Jelasnya, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

KTMB juga katanya, menyediakan bas perantara kepada penumpang yang terlibat dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB," katanya.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid