web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 3:35PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di antara Kamunting dan Bukit Merah pada 9 April.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penumpang yang terkesan, boleh menghantar permohonan ke e-mel callcentre@ktmb.com.my.

"Kesulitan ini amat kami kesali dan penumpang yang tidak meneruskan perjalanan, boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh.

"Bagi penumpang yang membeli Pelan Takaful Premium boleh membuat tuntutan dengan menghubungi Etiqa Claim Assist di talian 010-3687829 atau e-mel kepada support@goinsure.com.my," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini media tempatan melaporkan perkhidmatan kemudahan awam tersebut terganggu selama hampir empat jam pada Selasa.

KTMB dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, ETS tersebut mengalami gangguan akibat talian elektrik yang terputus di KM79.50 di antara Kamunting dan Bukit Merah.

Menurut kenyataan itu gangguan pada 5.30 petang, telah menyebabkan perkhidmatan ETS EP9176 dan EP9179 mengalami kelewatan daripada jadual asal melebihi dua jam, sebelum penumpang dipindahkan ke set ETS bantuan pada 9.15 malam kemudiannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

4

6 bulan yang lalu

Kren Tumbang: Kerja Pemulihan Giat Dilaksanakan Di Landasan Stesen Rawang - KTMB

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Semasa 6 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375