web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Lebih 4 Jam, Sungai Petani, Yan Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 7:47AM

Beberapa kawasan di Yan dan Sungai Petani dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama beberapa jam hingga awal pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Hujan lebat selama lebih empat jam mengakibatkan beberapa kawasan di Yan serta Sungai Petani dilanda banjir kilat sejak petang semalam dan masih berlarutan hingga ke lewat malam tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati, beberapa individu turut berkongsi klip video mengenai kejadian banjir kilat di kawasan tempat tinggal mereka, dengan ada di antaranya jelas menampakkan aliran air yang agak deras. 

Antara kawasan terlibat termasuk lokasi-lokasi yan terjejas dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, dianggarkan sekitar 160 rumah terjejas dalam kejadian banjir kilat di Mukim Yan dan Singkir. 

"Antara lokasi terjejas di Yan adalah Kampung Perigi, Kampung Raga, Titi Bakong, Kampung Lubok Boi, Pekan Yan dan Pulau Chengal, malah 60 rumah di Pekan Yan turut ditenggelami air, mengakibatkan kawasan tersebut tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

"Di Mukim Singkir pula, antara kawasan terlibat adalah Pekan Singkir Darat, Singkir Kedai Keling dan Singkir Genting. Anggaran rumah terjejas adalah sebanyak 100, namun keadaan di kedua-dua mukim masih terkawal," katanya di sini, malam tadi.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, terdapat sekurang-kurangnya tujuh kampung di empat mukim dalam daerah Kuala Muda terjejas akibat kejadian banjir kilat itu. 

"Empat mukim berkenaan adalah Mukim Pekula, Mukim Pinang Tunggal, Mukim Sidam Kiri dan Mukim Sungai Petani manakala antara kampung yang terlibat pula Kampung Jerung, Kampung Bakar Kapur, Kampung Kilang Macau dan Kampung Kepala Bukit. 

"Radius kawasan terjejas dianggarkan antara 10 ke 15 kilometer. Keadaan bagaimanapun masih terkawal," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat ketika dihubungi Getaran memaklumkan, pihaknya turut mendapat panggilan kecemasan dari seorang lelaki berusia 20-an yang terperangkap dalam kenderaannya akibat arus deras di Taman Bertam, Sungai Petani kira-kira jam 8.30 malam tadi.

"Lelaki itu agak panik apabila kereta Honda City dipandunya hanyut sedikit demi sedikit akibat arus deras. Sebaik menerima laporan dan tiba ke lokasi, kami meminta pemandu lelaki itu yang berusia sekitar 20-an untuk keluar melalui tingkap dan menunggu di atas bumbung kereta. 

"Mujur tidak lama kemudian arus air yang deras semakin reda hingga membolehkannya bergerak ke lokasi lebih selamat," katanya. - Getaran 21 Oktober 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Sukan 8 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 8 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar