web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 15 tahun Jadi 'Pomen' Basikal Lajak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 10:49AM

Remaja dan kanak-kanak yang ditahan bersama basikal lajak yang sudah diubah suai di Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 15 tahun dikenal pasti menjadi 'foreman' basikal lajak dan sentiasa dirujuk rakan-rakan lain, termasuk kanak-kanak untuk mengubah suai basikal masing-masing. 

Perkara itu terbongkar apabila Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menjalankan soal siasat ke atas lapan remaja dan kanak-kanak yang ditahan selepas  menunggang basikal lajak dengan aksi berbahaya secara berkumpulan. 

Mereka ditahan ketika operasi khas basikal lajak dijalankan di dua lokasi berbeza di bawah kawasan pentadbiran JBU itu pada 15 dan 16 Oktober lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah JBU, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, mereka yang ditahan dalam operasi itu terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 15 tahun.

“Soal siasat itu berjaya mendedahkan kegiatan seorang remaja berusia 15 tahun yang berperanan sebagai ‘foreman’ basikal lajak. 

"Ramai rakan basikal lajak yang datang ke rumah remaja terbabit untuk membaiki dan membeli alat tukar ganti basikal daripada remaja itu," katanya di sini, malam tadi. 

Fariz Ammar berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan rumah remaja itu berjaya menemui pelbagai komponen basikal lajak.

Beliau berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya turut merampas lapan basikal lajak mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 daripada semua yang ditahan serta menyita dua motosikal mengikut Seksyen 64 APJ 1987, disyaki digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Menurut Fariz Ammar, basikal yang dirampas sudah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi yang selamat untuk ditunggang. 

Semua penunggang basikal yang disaman mengikut Peraturan 42(1)(A) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal itu kemudian dibawa ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU untuk tindakan lanjut.

"Semua penjaga kanak-kanak dan remaja yang ditahan dipanggil serta diberi penerangan mengenai bahaya basikal lajak dan juga kesan kepada penunggang jika berlaku kemalangan.

"Ibu bapa juga disarankan untuk memastikan anak mereka tidak menunggang basikal lajak di jalan raya,” pesannya. 

Polis juga mengeluarkan dua saman mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 terhadap penunggang motosikal terbabit kerana tidak memiliki lesen memandu selain satu saman dikeluarkan mengikut Kaedah 4 Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 kerana tidak memakai topi keledar. - Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad