web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Allahyarham Mohd Diya, Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 11:59AM

Jenazah anggota Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong untuk dikebumikan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jenazah anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong di sini, kira-kira pukul 11.38 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka di sini, selepas rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras ketika operasi menyelamat di Sungai Putat, kira-kira 5.30 petang semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat. 

Allahyarham sebelum itu dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing. 

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain yang turut bersama pegawai dan anggota bomba serta penduduk kampung untuk solat jenazah di Masjid An-Nur.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meluangkan masa menziarahi ahli keluarga Allahyarham di Taman Krubong Jaya.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.15 pagi, sempat meluangkan masa selama 15 minit untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air