web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bajet 2022, Bantuan Tunai Kepada Rakyat Perlu Berterusan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Oct 2021 7:48AM

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan hampir separuh isi rumah di Malaysia terjejas pendapatan, justeru bantuan daripada kerajaan diperlukan untuk meringankan beban mereka. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka memperuntukkan sekitar RM348.3 bilion untuk Bajet 2022, iaitu 10.6 peratus lebih tinggi berbanding RM314.8 bilion pada 2021.

Peningkatan itu disebabkan jangkaan peruntukan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE) yang jauh lebih besar berbanding RM68.2 bilion tahun ini, untuk mendorong aktiviti pemulihan sosio ekonomi dan agenda pembangunan negara.

Justeru, belanjawan tahunan itu yang akan diumumkan pada 29 Oktober ini, perlu diteruskan dengan pelbagai sokongan pemberian tunai serta bantuan bersesuaian buat meringankan beban rakyat dan perniagaan.

Hasrat itu disarankan oleh Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan yang berharap agar pendekatan berbilang diambil dengan lebih teliti dalam meningkatkan pendapatan rakyat.

“Bajet 2022 juga perlu disokong dengan bantuan khusus, subsidi, geran dan diskaun untuk dimanfaatkan rakyat, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat.

"Antara bantuan yang akan menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuk perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti," katanya di sini.

Kaladher Govindan
Kaladher Govindan

Bagaimanapun jelas Kaladher, kerajaan harus serius mempertimbangkan langkah untuk meningkatkan produktiviti, kemahiran, mempromosikan inovasi, mempercepatkan pembangunan teknologi baharu sehingga individu dan perniagaan dapat bertahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kaladher juga menjangkakan kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu pada belanjawan kali ini selepas negara berdepan bencana terburuk selepas krisis kewangan Asia.

"Kelegaan besar apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai 'durian runtuh' kepada sektor sarung tangan atau perniagaan lain yang menghasilkan untung besar ketika pandemik.

"Ini dapat meringankan beban kerajaan dan membantu memperluaskan asas cukai selepas ekonomi pulih. Ia termasuk pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila tiba masa yang sesuai," ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan dijangka memperoleh pendapatan sekitar RM246 bilion pada 2022, 11.8 peratus lebih tinggi berbanding RM220 bilion tahun ini.

Jelasnya, penambahan jumlah terbabit turut disokong menerusi sumbangan cukai lebih tinggi daripada korporat dan individu.

“Peningkatan jumlah pendapatan itu akan dipacu berdasarkan momentum pemulihan ekonomi pada separuh kedua tahun depan dan sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama PETRONAS.

"Kami menjangkakan dividen PETRONAS meningkat kepada sekurang-kurangnya RM35 bilion pada tahun depan berbanding RM25 bilion dan RM35 bilion masing-masing pada 2021 dan 2020," katanya.

Kaladher memberitahu, Bajet 2022 perlu memberi penekanan dalam meningkatkan daya saing negara, di samping meningkatkan produktiviti dan menarik pelaburan berkualiti serta mempromosikan pembangunan lestari, selaras dengan visi menjadi negara maju pada 2025.

“Sejumlah besar daripada belanjawan tahun depan perlu diperuntukkan untuk mengembangkan bakat dan kemahiran, inovasi, penggunaan teknologi distuptif di samping mempromosikan inklusitiviti

“Menerusi belanjawan itu juga, kerajaan perlu meningkatkan usaha 17 matlamat kelestarian yang digagaskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Peruntukan besar DE jelas beliau lagi, akan memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, tetapi ia tidak bermakna jika tanpa sebarang projek mega.

"Manakala, langkah meningkatkan pendapatan dan menampung perbelanjaan B40 adalah positif bagi sektor pengguna, manakala insentif dan geran pelaburan untuk penggunaan teknologi canggih mendorong eksport bernilai tambah tinggi," katanya.

Sementara itu, Kaladher berkata, TA Securities menjangkakan defisit fiskal berada sekitar 6.4 peratus tahun depan, lebih rendah berbanding jangkaan tujuh peratus pada 2021 menerusi hasil kajian yang telah dilaksanakan.

“Ia disokong melalui pemulihan daripada pendapatan lebih baik kerajaan selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang antara lima hingga enam peratus pada 2022 berbanding 3.7 peratus pada 2021,” katanya. – Getaran, 22 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000