web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buruh Kasar Maut, Tangan Kanan Putus Jadi Mangsa Langgar Lari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:10AM

Seorang penunggang motosikal, Mail ak Naga, maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 76 Jalan Persisiran Pantai berhampiran Simpang Sepupok, Miri, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang buruh kasar maut, dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian di Kilometer 76 Jalan Persisiran Pantai  berhampiran Simpang Sepupok, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Mail ak Naga, 28, dari Kampung Iran Suai, Niah.

Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda bukan sahaja cedera di bahagian kepala tetapi turut putus tangan kanan akibat kemalangan itu.

"Kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari, ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke Batu Niah dari arah Kampung Iran.

 "Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang pemuda tersebut dipercayai bergesel dengan kenderaan lain," katanya.

Getaran difahamkan, mangsa yang kemudiannya terbabas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Batu Niah.

Katanya, nahas itu berlaku ketika hujan.

"Bagaimanapun, saksi bebas dan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan masih lagi dikesan bagi membantu siasatan," ujarnya.

Alexson berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk dibedah siasat.

"Pihak polis masih mengesan saksi bebas dan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu," jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia