web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Bukan Jenaka, Jaga Maruah Bila Berbicara - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 1:33PM

Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf kepada Raja Farah, namun netizen mempersoalkan keceluparannya ketika menyertai satu program televisyen. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu rogol yang dijadikan sebagai bahan jenaka dalam sebuah rancangan hiburan tempatan terus hangat diperkatakan di media sosial.

Walaupun pelakon terbabit, Fauzi Nawawi sudah membuat permohonan maaf kepada aktres Raja Farah di atas keterlanjuran kata-katanya, tindakan itu masih menimbulkan kemarahan warganet sehingga tanda pagar #rapejokeisnotfunny menjadi trending di Twitter.

Isu sama turut mendapat perhatian Pakar Psikologi Universiti SEGi Kota Damansara, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor yang meluahkan kekesalan berhubung sikap tidak berperikemanusiaan individu terbabit.

Menurut Mariani, isu rogol tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak atau gurauan mana-mana pihak.

“Apa yang dibincangkan itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan maruah wanita itu sendiri serta keluarganya terutama suami dan ibu bapa.

“Cuba letak diri anda sebagai salah seorang ahli keluarganya, bagaimana perasaan anda? Awak tak ada isteri ke? Kalau orang buat isteri awak begitu macam mana? Sepatutnya dalam Islam wanita ini dihormati dan disanjung tinggi, bukan dijadikan bahan lawak. Pada saya insiden ini amat memalukan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Mariani Md Nor
Dr Mariani Md Nor

Jelas Dr. Mariani, tindakan tersebut boleh memberi kesan kepada emosi wanita yang dijadikan bahan jenaka lucah itu.

“Dari aspek psikologi wanita itu sendiri dia boleh berasa begitu dihina. Pada saya manusia melalui fasa-fasa perubahan. Keadaan ini boleh memberi tekanan kepada Raja Farah dan pada masa sama boleh menjejaskan kesihatan mental dia.

“Memang boleh mohon maaf tapi kesan daripada tindakan itu tidak boleh ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Susulan insiden, beliau menggesa pihak terlibat memandang serius perkara ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi.

“Saya harap pihak berkuasa memandang serius perkara ini. Individu terbabit perlulah belajar daripada kesilapan.

“Setiap manusia dikurniakan akal fikiran, jadi fikirlah secara waras sebelum berkata-kata kerana ia melambangkan keperibadian seseorang.

“Memandangkan sekarang negara menuju ke arah konsep Keluarga Malaysia, kita tak mahu konsep itu tercemar dengan perbuatan tidak masuk akal. Sepatutnya kupaslah isu yang boleh membawa hasil yang lebih produktif,” katanya.

Pada masa sama, tegas Mariani, wanita tidak sepatutnya digambarkan seperti subjek seks dan jenaka rogol, malah tindakan tersebut perlu dihapuskan, dari terus dinormalisasi oleh masyarakat.

“Kesungguhan semua lelaki yang berada di dalam rancangan itu untuk menjelaskan dengan lebih terperinci adegan rogol ke atas aktres wanita amat memalukan dan memualkan. Tindakan yang mengaibkan dan bersifat lucah itu sekali gus merendahkan martabat semua individu yang berbicara mengenai isu tersebut.

“Sebagai seorang wanita memang saya marah, lebih-lebih ia menjadi tontonan umum. Saya pasti ramai wanita di luar sana juga seperti saya. Jadi budaya ini perlu dihentikan segera apatah lagi negara kita terkenal dengan kesopanan dan kesantunan akhlak yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, Fauzi dikecam warganet selepas berkongsi secara terperinci tentang babak rogol melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal yang diterbitkan pada 2007.

Menyedari kesilapannya, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video dan berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kesalahanya sendiri. - Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia