web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Maut Digilis Jentera Perata Jalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 4:43PM

Seorang remaja maut selepas digilis jentera perata jalan di kawasan lampu isyarat Siong Boon, Jalan Johari Sunam, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Seorang remaja lelaki maut digilis jentera perata jalan di kawasan lampu isyarat Siong Boon, Jalan Johari Sunam, di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian pada jam 5.15 petang itu berlaku sewaktu mangsa yang dikenali sebagai Jeffry Jaya, 17, sedang melakukan kerja meratakan aspal jalan, sebelum proses penurapan dimulakan.

Menurut beliau, mangsa dilanggar jentera berkenaan yang dikendalikan seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah hadapan.

“Pengendali jentera itu tidak menyedari mangsa yang digilis sudah terperosok ke bahagian bawah jentera berkenaan," katanya kepada Getaran hari ini.

Beliau berkata, pekerja lain yang melihat kejadian itu berteriak mengatakan rakan mereka digilis, menyebabkan pengendali jentera bertindak memberhentikan mesin tersebut serta-merta.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badan dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di wad kecemasan," uiarnya.

Alexson berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

"Laporan polis berhubung kes ini dibuat pada jam 9.40 malam tadi dan siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia