web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bomba Daki Hampir 10km Padam Kebakaran Hutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 8:14AM

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -  Anggota bomba terpaksa mendaki hampir 10 kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini sejak petang Khamis lepas sebelum berjaya melakukannya petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman berkata keadaan kawasan yang berbukit serta curam menyukarkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai masuk ke lokasi dan memadam kebakaran itu.

"Pasukan bomba menghadapi kesukaran disebabkan keadaan bentuk muka bumi terutama kawasan berbukit dan sumber air yang terhad namun berjaya memadamkan kebakaran hutan itu selepas 45 jam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata 15 anggota yang terlibat terpaksa mendaki dengan membawa peralatan memadam kebakaran yang digunakan iaitu pemerap api serta ‘jet shooter’ dan mendapatkan air dari bukit bagi memadam kebakaran itu.

Azmi berkata cuaca panas dan kering disertai kawasan yang dikelilingi pokok resam turut mengakibatkan api merebak dengan cepat di lokasi kejadian.

Katanya setakat ini, punca kebakaran masih disiasat namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada individu yang menggunakan sumber nyalaan.- Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 14 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh