web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Bakal Pengantin, Reman Ayah Su Disambung 5 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:43PM

Wan Khairuddin Wan Idris - Gambar dari Facebook Polis Kontinjen Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Reman terhadap seorang bomoh yang dikenali sebagai Ayah Su disambung selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan bakal pengantin wanita di Tendong dekat Pasir Mas, minggu lalu.

Reman lelaki warga emas berusia 67 tahun itu disambung bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kota Bharu, Muhammad Fitri Mokhtar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner (ACP) Wan Khairuddin Wan Idris berkata, sambungan reman itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan.

Kes akan diserahkan kepada pendakwa raya sebaik siasatan selesai,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, tindakan seorang bakal pengantin wanita berusia 23 tahun yang mahu mengubati gangguan makhluk halus dialaminya dengan seorang bomoh, bertukar mimpi ngeri apabila dia mendakwa dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Tendong di sini.

Mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan yang berusia 67 tahun dan dikenali sebagai Ayah Su pada 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Nasaruddin Md Nasir berkata, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya pergi ke rumah suspek pada jam 3 petang.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa dibawa ke bilik rawatan oleh isteri suspek yang dikenali sebagai Mak Su dan ditinggalkan berdua dengan bomoh berkenaan.

"Ketika berada dalam bilik rawatan, lelaki itu meminta mangsa menanggalkan seluar dan ketika proses rawatan, suspek bertindak menggosok paha serta kemaluan mangsa sebelum merogol gadis tersebut," katanya. – Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia